Kereta Sewa Di Kuching | Kuching Car Rental
Hubungi kami untuk tempahan |
Proton Wira 1.5 Manual RM90 sehari
Perodua Viva Auto Rm100 sehari
Proton Saga FL Auto RM110 sehari
Proton Waja Auto RM120 sehari
Klik Sini Online Booking
atau hubungi Mr Joseph 0135608334
Sejarah Kuching
Credit to http://cutidikuching.com for the text and pictures below.
Ada pendapat yang menyatakan bahawa Kuching mengambil nama sempena sebatang sungai kecil, Sungai Kuching yang mengalir di antara Muzium Cina dan Kuil Tua Pek Kong. Sungai Kuching barangkali memperolehi namanya daripada Kucing Hutan yang kerap mengunjunginya. Sungai tersebut juga berhampiran dengan sebuah bukit yang banyak ditumbuhi oleh pokok Buah Mata Kucing. Lantas itu bukit tersebut dipanggil Bukit Mata Kucing.
Bagaimanapun, bukti-bukti lama menunjukkan bahawa Kuching telah dikenali dengan nama tersebut semenjak kedatangan pengembara Inggeris, JAMES BROOKE dalam tahun 1839 lagi.
Selain dari itu ada pendapat lain mengatakan pada zaman pemerintahan brooke, Kuching memainkan peranan penting dalam aktiviti perdagangan Indo-China serta Asia Pasifik. Kedudukannya di selatan kepulauan Borneo merupakan satu lokasi strategik bagi dijadikan pelabuhan persinggahan oleh pedagang-pedagang Indo-China. Justeru itu, ada teori memberi pendapat Brooke mengambil nama Kuching dari perkataan ‘Cochin’ iaitu bermakna pelabuhan pada zaman itu. Sebelum meneruskan pelayaran, pedagang-pedagang dari India mahupun pedagang China seringkali singgah sebentar Kuching (Borneo) untuk mendapatkan bekalan dan ada yang mengambil kesempatan memperbaiki kapal-kapal mereka.
Tempat-tempat Pelancongan Untuk Dilawati di Kuching
Dipetik dari http://cutidikuching.com (Lina Homestay), kchhomestay.blogspot.com
1) Sarawak Cultural Village
Kampung budaya ini juga digelar ‘Muzium Kehidupan’ ditubuhkan bagi memelihara dan mempamerkan warisan kebudayaan dan kesenian negeri Sarawak. Muzium ini terletak di Pantai Damai, Santubong hanya 32km dari bandar Kuching merupakan tempat yang terbaik untuk mengenali budaya dan cara hidup tempatan.
Perkampungan seluas 17 ekar ini mempunyai seramai 150 orang penduduk yang mempamerkan aktiviti harian suku kaum negeri Sarawak seperti aktiviti memproses sago dan menghasilkan kraftangan. Mereka memakai pakaian tradisional dan mengadakan persembahan tarian tradisional untuk para pelawat. Penduduk kampung ini menerangkan tentang cara hidup dan kepelbagaian budaya mereka kepada pelawat. Pelawat juga boleh melihat replika bangunan yang mewakilkan setiap suku kaum pribumi utama yang ada di Sarawak; rumah panjang bagi orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah-tinggi Melanau dan rumah ladang orang Cina. Perkampungan ini juga mempunyai sebuah pentas di mana pelawat boleh menyaksikan persembahan tarian tradisional pelbagai kaum, sebuah restoran dan kedai kraftangan. Anda juga boleh melangsungkan perkahwinan anda di Kampung Kebudayaan Sarawak mengikut gaya tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu.
2) Pasar Minggu di Jalan Satok
Pasar Ahad di Jalan Satok, Kuching ialah destinasi beraneka warna di mana penduduk kampung dari serata daerah ini membawa hasil hutan dan buah-buahan yang tidak boleh didapati di mana-mana tempat yang lain.Para penjaja membawa masuk barang jualan mereka pada hari Sabtu petang dan pasar Ahad ini bermula pada jam 5 pagi.
Pasar yang menarik ini menawarkan peluang melihat dan mengenali hasil herba, buah-buahan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang digunakan oleh penduduk Sarawak di dalam masakan dan perubatan tradisional mereka. Suasana meriah dan keramahan penduduk tempatan menjadikan lawatan di pasar ini sangat menyeronokkan – semuanya di tengah-tengah bandar Kuching.
Berada di sini jangan sesekali lupa untuk singgah di pasar yang menjual ikan terubok masin. Harga memang murah berbanding di tempat-tempat lain. Lagi pandai menawar lagi berbaloi la jawabnya =)
3) Kuching Waterfront
Antara tempat yang mesti dilawati ialah Kuching Waterfront yang mana ia adalah antara tarikan utama yang terdapat di Kuching. Selain keindahan Sungai Sarawak, kita boleh menikmati pemandangan bot-bot kecil (perahu tambang) dan menaikinya dengan kadar tambang yang cukup murah. Kuching Waterfront juga adalah tempat tumpuan penduduk tempatan berkumpul untuk riadah bersama keluarga.
Bersetentangan dengan Kuching Waterfront itu, terdapat banyak deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kraf yang cantik dan unik bermotifkan Sarawak. Daripada tikar Sarawak yang popular kepada hasil tembikar yang beraneka bentuk seperti pasu, patung kucing dan sebagainya, semuanya ada ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung di sini kerana di sinilah antara sumber ole-ole anda untuk saudara mara dan sahabat anda ketika kembali.
4) Taman Negara Gunung Gading
Taman Negara Gunung Gading adalah kawasan hutan bergunung-ganang yang indah hanya dua jam jauhnya dari bandar Kuching. Taman ini terletak berhampiran Lundu, sebuah pekan kecil yang menarik di barat-daya Sarawak. Pada mulanya taman negara ini merupakan sebuah kawasan pemeliharaan tertutup bagi tumbuhan Rafflesia iaitu bunga terbesar di dunia yang boleh membesar sehingga bergaris pusat satu meter.
Walau bagaimanapun, selepas menjalankan kajian meluas tentang kesan ke atas alam sekitar, Jabatan Taman Negara membuat keputusan bahawa Gunung Gading adalah harta negara yang berharga yang perlu dikongsi dengan orang awam.Oleh itu, taman negara ini dibuka kepada orang ramai pada tahun 1994. Taman Negara Gunung Gading dikawal rapi oleh Jabatan Taman Negara bagi memastikan pelawat mendapat peluang yang terbaik untuk melihat sendiri bunga Rafflesia yang kembang tanpa memusnahkan kudup bunga tersebut atau pun tumbuhan lain di sekitarnya.
Sebuah laluan pelantar kayu telah dibina di tempat di mana Rafflesia tersebut lazimnya kelihatan bagi membolehkan pelawat berkunjung ke sini dengan selesa pada bila-bila masa bunga Rafflesia ini mengembang. Trek laluan hutan membawa pelawat menuju ke sungai, air terjun dan kawasan gunung dan sebuah laluan lagi membawa pelawat ke puncak Gunung Gading (906 m). Bentuk mukabumi kawasan gunung ini yang dramatik menyediakan latarbelakang yang indah kepada pekan Lundu yang berdekatan serta pantai-pantai di Pandan dan Siar.
5) Taman Negara Bako
Terletak 37 km dari Kuching Taman Negara Bako kaya dengan flora dan fauna dengan sekurang-kurangnya tujuh jenis tumbuhan tropikal yang utama di Sarawak. Walaupun ia adalah satu daripada taman negara terkecil di Asia Tenggara ia mempunyai hampir kesemua spesies tumbuhan yang dapat dijumpai di Borneo.
Monyet Prtoboscis yang hanya dapat dilihat di Borneo mungkin menjadi tumpuan di antara haiwan liar, tetapi lain kata, jika adanya Monyet Macaque, Monitor lizards dan tupai. Taman itu merekodkan 316 spesies tumbuhan, 22 spesies burung, 24 spesies haiwan reptilia dan binatang berdarah sejuk, 57 spesies mamalia termasuk monyet hidung muncung atau monyet orang Belanda serta yang bernasib boleh terserempak dengan spesies ikan lumba-lumba dilindungi sepenuhnya di negeri ini.
Taman Negara Bako hanya akan sampai selepas menumpang kapal kecil selama 20 minit dari Kampung Bako. Ia telah dilindungi sejak 1957 supaya hidupan liar tidak akan terancam.Lawatan tidak digalakkan pada Oktober hingga Mac kecuali April sehingga September. Ini disebabkan pada April hingga September keadaannya tidak begitu lembap dipengaruhi oleh monsun.
6) Pasar Serikin
Pasar Serikin adalah sebuah pekan kecil di Bau iaitu sempadan Malaysia – Indonesia dengan jaraknya kira-kira 70 kilometer dari Bandar Kuching. Pasar Serikin sentiasa menjadi kunjungan bukan saja penduduk tempatan malah pelancong dari Semenanjung dan negara asing. Terdapat pelbagai jenis barangan dari Sarawak dan Indonesia yang dijual di sana dengan harga yang berpatutan.
Di pasar Serikin ini, pengunjung dapat melihat dan membeli pelbagai barangan yang agak asing daripada terdapat di Malaysia. Barangan yang dijual kelihatan unik dan menarik hati. Biasanya, penjual menjual barangan rotan, tikar, pelbagai jenis kain pelikat dan kain batik, makanan ringan ‘janjan’ made of indonesia, barangan dapur, telekung wanita dan barangan kraf tangan. Ternyata , barangan kraf tangan yang dihasilkan amat kreatif. Ianya menjadi cenderamata atau cenderahati kepada sanak saudara dan rakan-rakan.
7) Jong’s Crocodile Farm
Jong’s Crocodile Farm atau Taman Buaya Jong di Sarawak adalah adalah sebuah kawasan persendirian yang menempatkan lebih 1000 ekor buaya dari pelbagai jenis dan saiz. Taman ini terletak di daerah Padawan (jalan Kuching-Serian) merupakan kawasan penternakan, pembiakan dan pemuliharaan buaya terbesar di malaysia. Buaya buaya di sini ditempatkan mengikut saiz, spesies/jenis dan umur.
Kalau timing melawat anda betul anda akan menyaksikan demo memberi makan buaya yang ada di sini. Pelbagai cenderamata kenang-kenangan boleh dibeli dan sekiranya anda berminat boleh beli juga daging buaya yang telah dikeringkan.. =) Di sini juga ada menempatkan spesies unggas, burung, beruang dan binatang eksotik yang lain yang hanya boleh didapati di kepulauan Borneo.
Sekiranya planing utk bercuti selama 3hari 2mlm sememangnya tidak
cukup..sarawak ni terlalu besar..sbg student di unimas yg telah menetap hmpir 4
tahun pun lum abis pusing sekitar sarawak..
Ok, utk En Syamsu Kahar yg ingin melawat 3hari 2 mlm, saya cadangkan
sesampainya anda di epot kuching, anda perlu pergi ke Kampung Budaya. Ianya
megambil masa lbh krg 1jam lbh dr bndr kuching. b4 that, check in dl mana2
hotel yg saudara suka. klu nk murah di harbour view @ holiday inn @ crown plaza
yg terletak di tgh2 bndar kuching n berhampiran dgn water front dgn berjalan
kaki jer..Memandangkan masa penerbangan balik saudara pada hari ahad
menyebabkan masa begitu terhad sekali..Lagipun pada hari jumaat adalah lebih
sesuai. Ini adalah bg mengelakkan orang ramai sekiranya ingin pergi pada hari
sabtu..show ada 2x sehari iaitu pd pukul 11pg & 3ptg..so, saudara ada masa utk
bersiar2 di sekitar kg budaya.byk bentuk rumah dan kwsnnya luas..itu pun klu
saudara berminat utk melihat rumah2 yg ada di sekitar sarawak..pas2 saudara blh
b’jalan2 disekitar bndr kuching n membeli belah di water front..kedai kt water
front biasa akan tutup dlm kol 6ptg..
Pada hari sabtu, awal2 pagi bertolak ke Serikin dimana terdapat pelbagai brg
dijual. ianya amat murah jika pndai tawar harga..serikin ini terletak di
sempadan indonesia..nk bli tikar di serikin lg murah jika dibandgkn bli di
Kuching..oh yer,saya cadangkan grak awal pg dlm kol 7pg.lg awal lg bgus.kat
srwak kol 6pg da nk cerah..sya cadangkan gi awal sbb cuaca di sana amat panas
wlpun baru kol 10pg..p’jlnan dr bndr kucg ke serikin sejam lbh..lg cpt smpai,lg
senang dpt parking..llgpun leh jln kt tmpt lain lagi..boleh singgah di gua
angin & gua ferry utk amik gmbar sbgai kenangan sbb da dekat sgt dgn
serikin..ps 2 leh kembali semula bndr kuching..semasa perjalan balik ke kucing,
singgah di kilang membuat pasu..harganya lbh murah & ada diskaun lg..pada waktu
ptg saudara boleh gi muzium kuching dan muzium sarawak utk amik gmbr.tiada caj
byrn dikenakan utk masuk muzium..klu x nk gi muzium, anda boleh gi pasar satok
utk beli cnderahati. t-shirt n cndrahati yg
dijual jauh lbh murah drpd bli kt water front..boleh tawar lg..ptg anda boleh
mkn mee kolok di gerai mkn yg ada disitu..leh pusing kt bndr kuching utk
bergmbar pd waktu malam terutama diwaterfront..then try mkn malam di barok.naik
perahu di waterfront..restoran barok terletak diseberang..klu x penat boleh gi
tmpat membuat kek lapis n bli trus dr situ..makanan seefood blh tahan
sedapnya..x pun gi mkn kat TOP SPOT yg terletak belakang Tun Jugah shoping
complex..klu x penat boleh gi tmpat membuat kek lapis n bli trus di seberang
water front..
Pada pg ahad, gi bli ikan terubok kat pasar satok n bergerak ke airport..
P/s: Tmpt yg saya cadangkan b’dasarkan pengalaman saya bw famli n saudara-mara
jln2..kena tgk minat pelancong camner..bg yg suka aktiviti lasak, boleh gi
Taman Negara Bako, Matang Wildlife Center, Taman Buaya, Gua Angin, Gua Ferry,
Rumah Panjang Annah Rais, Gunung Gading (tmpt bunga rafflesia tumbuh), Gunung
Santubong dan byk lagi..tmpt2 yg camni perlu lbh byk masa utk jelajah..stakat
2-3 hari mmg x cukup..i think that’s all…any questions?
dipeti kdari sim-cuti

Tips Cuti 3 hari 2 malam di Kuching Sarawak
Dipetik dari http://cutidikuching.com

No comments:
New comments are not allowed.